Thanksgiving Day (Hari Kesyukuran) ni adalah salah satu perayaan bagi masyarakat kristian yang disambut pada hari Khamis terakhir dalam bulan November. Pada hari thanksgiving ni diorang bakar ayam turkey yang besar tu seekor utk buat hidangan utama makan2 ngan family
Kalau kat US ni, biasanya cuti umum diberikan untuk sambut Thanksgiving. Pastu esok harinya Jumaat pulak ada Black Friday. Masa ni akan ada mega sale satu negara. Harga barang2 terutamanya elektronik (ipod, blu-ray, plasma tv etc) akan jadi serbuan utama jadi kena la awal2 pagi dah terpacak depan kedai kalau tak nak terlepas
Hehe thanksgiving kali ni kitorang ke Albertville, Minnesota untuk bershopping. Agus, Afang, Rusydi banyak shopping pinggan mangkuk corelle ngan pyrex untuk bawak balik malaysia sebab murah kat sini. Malam tu pulak kitorang gi makan lobster kat Red Lobster. Hihi saja first time mencuba. memang kenangan manis